BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 21, 2010

Bisnes Baru Bermula

Hai..hai..hai..

Seronok pula bila ada orang berminat nak beli buah, jem, pati dan anak pokok roselle saya.. Yes yes..boleh la dibuat third income since my detox patch business being my second income kan? Hehehe..

Ini pun sebab bantuan promosi Nomie. Dia bawa pati roselle yang saya kirim untuk Darling ke office, orang bertanya dan berminat nak juga. Jadi, officially saya akan mula berniaga produk berasaskan roselle ini. Tapi pembungkusan sangat la biasa kalau nak dibandingkan dengan produk yang dah ada kat luar tu.. Apa takne, pati dalam botol air 500ml je, jem dalam bekas plastik cam kurma tu, anak pokok dalam plastik isi kuih dan buah dalam bekas plastik isi sandwich yang penah saya beli dulu. Kira halal jela kan?

Harga-harga yang dicadangkan untk letak pada produk-produk tersebut adalah :

1. Buah - 1 bekas RM2.50
2. pati - 500ml RM8.00
3. Anak pokok - 1 pokok RM4
4. Jem - belum decide lagi..huhu

Harap-harap my third income business will succeed just like the 2nd one..

Walaubagaimanapun, jualan hanya la untuk pelanggan yang berhampiran sahaja iaitu sekitar Nilai..sebab cam susah je nak poskan barang2 macam tu.. Betul tak?

Okey la, sampai sini dulu.. nanti any updates on the sales akan diceritakan juga kat blog antara yang tersayang ini (sebab ada 3 blog lain juga)..

Friday, July 30, 2010

Raya..raya..raya..

Bukan raya Aidilfirti. Lambat lagi..huhu

Tapi raya dengan air dan jem roselle. Sangat best. Kali ni dah mula buat jem ngan pulp roselle yang lepas rebus. Biasa buang je seba tak yakin yang jem tu leh jadi ke tidak sebab bahan yang ada cuma gula je.. biasa kena tambahkan dengan gellig agent contohnye pectin macam masa buat kat makmal masa time belajar dulu.

So, skang ni lebih kurang everytime kutip roselle untuk buat pati..mesti buat jem. kena bli gula lebih dari biasa. Biasa bli 1 kg je tkang kena bli yang 2 kg. Dah la gula naik harga. Takpe la.

Huhu gambo takde nak letak..kalo ada masa akan kutunjukkan bagaimana rupa jem roselle..

Tuesday, July 13, 2010

Nyaris diculik orang

Wah, macam mendebarkan je tajuk post kali ni. Bukan orang atau anak kucing yang nyaris diculik..hehe..Tetapi anak pokok roselleku.

2 minggu lepas saya keluar minum dengan Kak Faridah, dia beli detox patch yang saya jual..terima kasih jual ye kak..borak-borak la dengan dia pasal kegiatan yang selalu buat masa hujung minggu. Saya pun cerita la yang saya suka menanam pokok. Sekarang tanam pokok roselle untuk batch ke-2 lepas pokok lama mati. Pokok cili pun dah dicabut sebab tua.

Saya ceritakan yang ada beberapa batang anak pokok Roselle yang masih dalam pasu..(xde ruang nak tanam kat tanah). Kak Faridah berminat dengan anak pokok tu. Jadi janji dengannya nak bagi pada hari Sabtu.

Pagi Jumaat saya bertolak dari Nilai dengan membawa 2 batang pokok, parking sekejap di rumah dan letak tepi pagar parking. Rumah flat jadi tiada tempat nak simpan pokok2 tu. Harap2 tiada yang gatal tangan nak ambil.

Balik dari tempat keje saya tengk pokok dah takde. Mana pulak pergi. Tetiba nampak tersandar kat lori orang jual makanan..mi rebus..laksa..n macam2. Saya pun terus jumpa ngan abang tu. biasa pergi nak bli makanan tapi kali ni sebab nak minta balik pokok tu.

Cam malu gak la dia bila saya btau yang pokok tu saya punya dan nak bagi kat kawan. Huh nasib baik tak blah lagi dari situ kalo tak melepas la Kak Faridah. Dan orang2 tu pulak cam sesuka hati je nak ambil pokok orang, ingat wakaf ke..Saya pesan kat abang tu supaya hantar semula pokok tu berhampiran kereta yang saya parking tadi.

Esoknya saya tengok memang betul dia dah pulangkan. Nasib baik la, kalau tak pulangkan jugak siap la dia tu. Da pulangkan tu pun sebab dah kantoi kan, kalau tak memang x nampak la batang pokok tu.

So, after habis kerja halfday saya serahkan pokok tu pada Kak Faridah. Dia datang ke kilang. Pokok pun dah agak layu sebab letak dalam kereta..panas..tapi pesan tanam terus lagi baik kalau tak nanti mati pula..

Hehe..kan, takde la mendebarkan sangat...

Friday, June 18, 2010

Kebangkitan

Macam seram aje bunyi kan? Tapi sebab tajuk ini dalam blog roselle, makanya nak cerita tentang roselle la jugak walaupun sebelum ni ada entri tentang pokok cili.

Pokok-pokokku dah besar. Ada 7 pokok kesemuanya. 3 dalam pagar, lagi 4 luar pagar. Pokok paling senior dah mula keluarkan hasil. Hari Rabu lepas dapat kutip dalam 20 biji, dan dibuat sirap. Bagi satu botol penuh kepada member opis sebilik yang hari ini last day. Dia bakal ke Arab Saudi ikut suami kerja di sana. 1 botol je. So bagi jela kat dia. Orang lain kemudian boleh.

Selain pokok-pokok yang officially dah tanam atas tanah, ada lagi 6 pokok yang masih ada dalam pasu. Takde tempat nak tanam dah. Macam mana ye. Kesian kat pokok tu kalau membesar dalam pasu, tak bebas..nanti terganggu.

Hmmm..mungkin boleh bagi sesiapa yang rajin tanam pokok. Bukan susah pun, gali lubang dan tanam. Siram. Baja. Pokok tu dah sememangnya besar. Boleh bagi pada Awin kot, pokok yang dulu bagi da cakap dah kena racun ngan orang kontraktor bersihkan kawasan rumah dia. Dia tak tau tu pokok roselle. Takpe la, dah takde rezeki kan.

Yang penting sekarang ni dah boleh minum air roselle sentiasa macam dulu..Woohoo..


ps : kena bagi kat "seseorang" juga

Friday, April 16, 2010

Tips menanam pokok Roselle

Pokok lama dah dicabut sehingga ke akar umbi sebab dah tua dan tak mengeluarkan bunga dengan baik. Sekarang tempatnya digantikan dengann 3 batang anak pokok yang baru. Harap-harap dapat la rasa hasilnya dalam bulan 6 atau 7, at least beberapa biji pun jadi la.

Selain daripada tu pokok cili..ohh amat lah lebatnya pokok-pokok mengeluarkan hasil sehingga saya terpaksa jua memberikan kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakan di opis dan juga tersayang. Yela, kalo tak diambil nanti buruk. Kalo tak dibagi orang nak makan sendiri ke..nanti cari pasal cari jamban aje kejenye..

Ok-ok berbalik kepada tajuk di atas, saya nak menerangkan sedikit bagaimana nak menanam pokok roselle ini daripada biji sehingga la berjaya mengeluarkan hasil..ini dari pengalaman saya sendiri tau..

Ehem-ehem..

Mula-mula, kalo nak simpan biji benih untuk disimpan di kemudian hari, jika anda tak bercadang untuk menanam hari ini tetapi tahun depan (kalo la)..biji yang masih segar mesti dibiarkan kering bersama-sama pod yang mengisinya, maknanya jangan buka dan keluarkan biji tapi hanya dibiarkan kering naturally dan pastikan simpan di tempat yang betul-betul kering.

Bila dah kering, baru la buka pod dan asingkan biji-bijinya yang kecil-kecil tu dan dibiarkan kering lagi. Mungkin ada yang belum betul-betul kering jadi keringkan lagi..Dah setel, simpan di tempat yang kering lagi sehingga la anda nak mula tanam.

Jika nak tanam apa-apa pokok dari benihnya, perlu disemai di dalam pasu. Sebab apa? Kalo terus kat tanah, nanti ayam cakar dan patuk..hahah..opp sory. Bukan apa, anda boleh jaga sumber cahaya, sumber air yang mencukupi untuk semaian ini, kalo ribut tapi tanam kat tanah gerenti tak tau mana perginya biji benih tu..kan nanti kena minta lagi kat jiran..hmm.. Dan juga, pastikan tanah yang digunakan betul-betul subur. Saya suka pakai tanah beli kat Giant je yang kampit-kampit tu..senang..murah..

Bila dah semai, InsyaAllah dalam masa seminggu boleh nampak anak pokok mula keluar, macam pokok taugeh pun ada, masa ni kena jaga-jaga sket, jangan bagi anak pegang-pegang, nanti patah. Biarkan sehingga tinggi sejengkal.

Dah cukup tinggi, pindahkan ke dalam plastik hitam berisi tanah yang sama. Ini kerana anak pokok ni akan mati kalo duk dalam pasu yang kecil tu ramai-ramai.Gaduh-gaduh rebut air dan cahaya matahari tau, sape yang lemah bakal mampos. Jadi anda separatekan mereka.

Bila dah agak-agak tinggi 30cm (tinggi pembaris panjang) dan batang utamanya pun dah keras, maka boleh la dicarikan kawasan yang seswai untuk ditanam sehingga besar dan mengeluarkan hasil.

Tetapi perlu diingat, jangan lupa taburkan baja untuk anak pokok itu membesar dengan cepat, kuat dan cepat jua keluarkan hasil. Saya guna baja buah je, yang saya gunakan untuk pokok-pokok cili dan pokok mangga jiran depan rumah yang tiada berpenghuni selagi belum ada orang menyewa atau beli daripadanya, sebab nanti bila berbuah boleh la saya ambil tanpa bersalah dan tiada yang akan cakap "hoi mencuri ye"sebab saya yang membajainya selama ini..yeay..



Friday, March 5, 2010

New generation

pokok aku yang lama dah nak mati, tapi masih lagi mengeluarkan last2 buah..boleh la kalo setakat nak buat air satu jug..campor lak ngan air batu..kena lak ngan cuaca panas skang ni..memang mantop la.. cakap pasal cuaca skang ni, panas betul la..kalo g makan tengahari tu nak bukak mata pon payah, silau..haba jangan nak kata la..kat negara lain banjir lak..tula hukum alam..dunia pun dah makin tua..(melencong?!!)

dalam pada tu aku tanam pokok baru kat tempat yang sama..kecik lagi..harap2 dalam masa 5 bulan lagi (lama tu..) dapat la merasa lagi, buat hidangan hari raya ni ke ..kalo sempat la..

gambo aku tak amik lagi (yang tua dan yang muda) maksud aku pokok roselle ye..tunggu aku cilok dulu camera syarikat hujung minggu bile2 baru leh tangkap cantik sket..

ada beberapa anak pokok yang masih ada dalam plastik beg kecik (aku tanam dalam beg plastik org jual kuih je sebab tak jumpa beg tanaman masa g cari kat Giant)..tatau nak tanam kat mana sebab takde tempat dah..kat luar pagar penuh ngan pokok cili, dalam lak tanah tak berapa nak subur..keras je cam batu..ingat nak tanam kat kg masa raya cina hari tu terlupa nak angkut pulak..jadinye duk jela kat dalam beg plastik tu..

kalo la aku ada tempat nak tanam pokok2 nih..kan best..(kena kumpul duit beli tanah):)

Wednesday, November 25, 2009

Wadah Pengenalan


Roselle, asam paya, asam kumbang..macam-macam lagi nama panggilan yang digunakan untuk memperkatakan mengenai tumbuhan ini. Dengan nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L. tumbuhan ini tergolong dalam keluarga bunga raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosasinensis.






Pokok roselle mula diperkenalkan di negara ini sejak lebih tiga kurun yang lampau. Beberapa jenis roselle yang tumbuh secara meliar di beberapa negeri dienali sebagai asam paya, asam kumbang dan asam susur.













Pokok roselle ditanam menggunakan biji benih atau keratan dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 2-3 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang musim. Bunganya berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya varieti terawal berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa.


Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Batang muda roselle dikatakan boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa dalam kuah kari. Di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.




..........................................................................................................................................................................


Pokok ku yang merimbun...