Roselle, asam paya, asam kumbang..macam-macam lagi nama panggilan yang digunakan untuk memperkatakan mengenai tumbuhan ini. Dengan nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L. tumbuhan ini tergolong dalam keluarga bunga raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosasinensis.
Pokok roselle mula diperkenalkan di negara ini sejak lebih tiga kurun yang lampau. Beberapa jenis roselle yang tumbuh secara meliar di beberapa negeri dienali sebagai asam paya, asam kumbang dan asam susur.
Pokok roselle mula diperkenalkan di negara ini sejak lebih tiga kurun yang lampau. Beberapa jenis roselle yang tumbuh secara meliar di beberapa negeri dienali sebagai asam paya, asam kumbang dan asam susur.
Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.
Batang muda roselle dikatakan boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa dalam kuah kari. Di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
..........................................................................................................................................................................
Pokok ku yang merimbun...
0 comments:
Post a Comment