BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30, 2010

Raya..raya..raya..

Bukan raya Aidilfirti. Lambat lagi..huhu

Tapi raya dengan air dan jem roselle. Sangat best. Kali ni dah mula buat jem ngan pulp roselle yang lepas rebus. Biasa buang je seba tak yakin yang jem tu leh jadi ke tidak sebab bahan yang ada cuma gula je.. biasa kena tambahkan dengan gellig agent contohnye pectin macam masa buat kat makmal masa time belajar dulu.

So, skang ni lebih kurang everytime kutip roselle untuk buat pati..mesti buat jem. kena bli gula lebih dari biasa. Biasa bli 1 kg je tkang kena bli yang 2 kg. Dah la gula naik harga. Takpe la.

Huhu gambo takde nak letak..kalo ada masa akan kutunjukkan bagaimana rupa jem roselle..

Tuesday, July 13, 2010

Nyaris diculik orang

Wah, macam mendebarkan je tajuk post kali ni. Bukan orang atau anak kucing yang nyaris diculik..hehe..Tetapi anak pokok roselleku.

2 minggu lepas saya keluar minum dengan Kak Faridah, dia beli detox patch yang saya jual..terima kasih jual ye kak..borak-borak la dengan dia pasal kegiatan yang selalu buat masa hujung minggu. Saya pun cerita la yang saya suka menanam pokok. Sekarang tanam pokok roselle untuk batch ke-2 lepas pokok lama mati. Pokok cili pun dah dicabut sebab tua.

Saya ceritakan yang ada beberapa batang anak pokok Roselle yang masih dalam pasu..(xde ruang nak tanam kat tanah). Kak Faridah berminat dengan anak pokok tu. Jadi janji dengannya nak bagi pada hari Sabtu.

Pagi Jumaat saya bertolak dari Nilai dengan membawa 2 batang pokok, parking sekejap di rumah dan letak tepi pagar parking. Rumah flat jadi tiada tempat nak simpan pokok2 tu. Harap2 tiada yang gatal tangan nak ambil.

Balik dari tempat keje saya tengk pokok dah takde. Mana pulak pergi. Tetiba nampak tersandar kat lori orang jual makanan..mi rebus..laksa..n macam2. Saya pun terus jumpa ngan abang tu. biasa pergi nak bli makanan tapi kali ni sebab nak minta balik pokok tu.

Cam malu gak la dia bila saya btau yang pokok tu saya punya dan nak bagi kat kawan. Huh nasib baik tak blah lagi dari situ kalo tak melepas la Kak Faridah. Dan orang2 tu pulak cam sesuka hati je nak ambil pokok orang, ingat wakaf ke..Saya pesan kat abang tu supaya hantar semula pokok tu berhampiran kereta yang saya parking tadi.

Esoknya saya tengok memang betul dia dah pulangkan. Nasib baik la, kalau tak pulangkan jugak siap la dia tu. Da pulangkan tu pun sebab dah kantoi kan, kalau tak memang x nampak la batang pokok tu.

So, after habis kerja halfday saya serahkan pokok tu pada Kak Faridah. Dia datang ke kilang. Pokok pun dah agak layu sebab letak dalam kereta..panas..tapi pesan tanam terus lagi baik kalau tak nanti mati pula..

Hehe..kan, takde la mendebarkan sangat...