BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 16, 2010

Tips menanam pokok Roselle

Pokok lama dah dicabut sehingga ke akar umbi sebab dah tua dan tak mengeluarkan bunga dengan baik. Sekarang tempatnya digantikan dengann 3 batang anak pokok yang baru. Harap-harap dapat la rasa hasilnya dalam bulan 6 atau 7, at least beberapa biji pun jadi la.

Selain daripada tu pokok cili..ohh amat lah lebatnya pokok-pokok mengeluarkan hasil sehingga saya terpaksa jua memberikan kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakan di opis dan juga tersayang. Yela, kalo tak diambil nanti buruk. Kalo tak dibagi orang nak makan sendiri ke..nanti cari pasal cari jamban aje kejenye..

Ok-ok berbalik kepada tajuk di atas, saya nak menerangkan sedikit bagaimana nak menanam pokok roselle ini daripada biji sehingga la berjaya mengeluarkan hasil..ini dari pengalaman saya sendiri tau..

Ehem-ehem..

Mula-mula, kalo nak simpan biji benih untuk disimpan di kemudian hari, jika anda tak bercadang untuk menanam hari ini tetapi tahun depan (kalo la)..biji yang masih segar mesti dibiarkan kering bersama-sama pod yang mengisinya, maknanya jangan buka dan keluarkan biji tapi hanya dibiarkan kering naturally dan pastikan simpan di tempat yang betul-betul kering.

Bila dah kering, baru la buka pod dan asingkan biji-bijinya yang kecil-kecil tu dan dibiarkan kering lagi. Mungkin ada yang belum betul-betul kering jadi keringkan lagi..Dah setel, simpan di tempat yang kering lagi sehingga la anda nak mula tanam.

Jika nak tanam apa-apa pokok dari benihnya, perlu disemai di dalam pasu. Sebab apa? Kalo terus kat tanah, nanti ayam cakar dan patuk..hahah..opp sory. Bukan apa, anda boleh jaga sumber cahaya, sumber air yang mencukupi untuk semaian ini, kalo ribut tapi tanam kat tanah gerenti tak tau mana perginya biji benih tu..kan nanti kena minta lagi kat jiran..hmm.. Dan juga, pastikan tanah yang digunakan betul-betul subur. Saya suka pakai tanah beli kat Giant je yang kampit-kampit tu..senang..murah..

Bila dah semai, InsyaAllah dalam masa seminggu boleh nampak anak pokok mula keluar, macam pokok taugeh pun ada, masa ni kena jaga-jaga sket, jangan bagi anak pegang-pegang, nanti patah. Biarkan sehingga tinggi sejengkal.

Dah cukup tinggi, pindahkan ke dalam plastik hitam berisi tanah yang sama. Ini kerana anak pokok ni akan mati kalo duk dalam pasu yang kecil tu ramai-ramai.Gaduh-gaduh rebut air dan cahaya matahari tau, sape yang lemah bakal mampos. Jadi anda separatekan mereka.

Bila dah agak-agak tinggi 30cm (tinggi pembaris panjang) dan batang utamanya pun dah keras, maka boleh la dicarikan kawasan yang seswai untuk ditanam sehingga besar dan mengeluarkan hasil.

Tetapi perlu diingat, jangan lupa taburkan baja untuk anak pokok itu membesar dengan cepat, kuat dan cepat jua keluarkan hasil. Saya guna baja buah je, yang saya gunakan untuk pokok-pokok cili dan pokok mangga jiran depan rumah yang tiada berpenghuni selagi belum ada orang menyewa atau beli daripadanya, sebab nanti bila berbuah boleh la saya ambil tanpa bersalah dan tiada yang akan cakap "hoi mencuri ye"sebab saya yang membajainya selama ini..yeay..



0 comments: